Monday, August 23, 2010

Kempen Perayaan One Drop Perfumes dan Pencarian One Drop Perfumes Citra Wanita

Utusan Malaysia Online - Feminin

Kempen perayaan One Drop Perfumes

Pengarah Eksekutif One Drop Sdn. Bhd, Zetty Syazleen






MENJELANG Ramadan, pasti ramai yang risau jika duit poket tidak bertambah. Lebih-lebih lagi pelbagai persiapan hari raya yang ingin dibuat.
Justeru itu, pengimport dan pengeluar minyak wangi tanpa alkohol terbesar, One Drop Perfumes mengadakan kempen Badan Wangi Poket Berisi One Drop Perfumes sempena Aidilfitri.
Kempen perayaan yang bermula 1 Julai lalu hingga 30 September ini memperuntukkan RM2 juta untuk diberikan kepada para pengguna One Drop Perfumes dengan hanya pembelian set wangian yang berharga RM40 dan RM45. Melalui kempen perayaan ini, baucer tunai diletakkan dalam set One Drop Perfumes secara rawak dan pengguna yang bertuah berpeluang menikmati sebahagian daripada duit raya tersebut. Mereka yang menebus baucer tunai melalui One Drop Sdn. Bhd akan menerima terus ganjaran berupa wang tunai.
Menurut Pengarah Eksekutif One Drop Sdn.Bhd, Zetty Syazleen Ismail, objektif kempen untuk menghargai pengguna dengan memberi ganjaran kepada para penguna jenama ini.
Ia juga merupakan tarikan kepada mereka yang belum menggunakan One Drop Perfumes.
Kempen ini memberi peluang perniagaan kepada pengedar sedia ada dan mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan dengan One Drop Perfumes.
“Kempen perayaan ini dijalankan sebelum Ramadan kerana ingin memberi masa yang lebih panjang kepada para pengedar untuk menggalakkan penjualan mereka. Pengguna juga tidak perlu menunggu sehingga Ramadan untuk mendapatkan wangian dan peluang memenangi duit raya ini.
‘‘Kebiasaannya pada bulan puasa, pengguna akan mencari barangan untuk kelengkapan diri mereka dan mencari pendapatan tambahan kerana kebiasaannya wang akan lebih banyak digunakan sebelum hari raya.
‘‘Jadi ini adalah peluang untuk pengguna mendapatkan wang dengan cara yang sangat mudah dan wang tambahan melalui jualan One Drop Perfumes,” ujarnya.
Maklumat lanjut mengenai kempen perayaan ini boleh didapati melalui talian 03-55180449 begin_of_the_skype_highlighting              03-55180443      end_of_the_skype_highlighting, laman web rasmi, www.onedropperfumes.com dan facebook.com/onedropperfumes.
Peraduan Citra Wanita

Dalam pada itu, buat julung kalinya, jenama wangian tempatan ini turut mengadakan pencarian One Drop Perfumes Citra Wanita dengan kerjasama Mingguan Malaysia.
Peraduan yang bermula 11 Julai lalu akan berakhir pada 12 September bertujuan mencari wanita berkerjaya sebagai simbol wanita cemerlang.
Menurut Zetty, ia juga bagi mencari wanita yang mempunyai keyakinan diri serta personaliti menarik untuk menjadi inspirasi kepada wanita lain.
“Insya-Allah, peraduan itu saya kira akan mendapat sambutan memandangkan hampir 80 peratus pengedar One Drop sendiri terdiri daripada wanita. Ia terbuka kepada wanita warganegara Malaysia, berkerjaya dan berusia 21 hingga 38 tahun,” katanya.
Berdasarkan sambutan baik diterima menerusi ruangan Citra Wanita yang disiarkan setiap Ahad di Mingguan Malaysia, beliau optimis peraduan ini akan menjadi wadah untuk menghargai wanita yang banyak memberi sumbangan kepada negara.
Hadiah utama yang bakal menanti juara termasuk wang tunai bernilai RM3,000, trofi, set barang kemas sumbangan Tomei, pakej pelancongan dan hamper One Drop Perfumes.
Orang ramai boleh mendapatkan borang penyertaan peraduan di sisipan Kesihatan, Mingguan Malaysia setiap hari Ahad.

Thursday, August 19, 2010

Pencarian One Drop Perfumes Citra Wanita Mingguan Malaysia Kini Bermula

.



Hai wanita-wanita di luar sana!


Anda wanita warganegara Malaysia yang berumur 21 hingga 38 tahun? Berkerjaya?
Memiliki karisma dan personaliti menarik?

 
Sekiranya anda mempunyai ciri-ciri di atas, apa yang anda tunggu lagi? Sertai Pencarian One Drop Perfumes Citra Wanita hari ini!

Buat julung kalinya, One Drop Perfumes dengan usahasama Mingguan Malaysia menganjurkan Pencarian One Drop Perfumes Citra Wanita di mana pencarian ini khususnya untuk wanita bekerjaya dengan personaliti menarik bersesuaian dengan ruangan Citra Wanita yang seringkali mengetengahkan personaliti wanita Malaysia.
 

Berpersonaliti menarik tidak terhad kepada mereka yang cantik sahaja, tetapi bagaimana anda membawa diri anda kepada umum yang menampilkan personaliti dan karisma tersendiri. Cantik dan menarik itu kan subjektif?

Berkerjaya juga tidak terhad kepada seseorang yang mempunyai kerjaya professional. Sebarang kerja, malah kerjaya sambilan juga akan diambil kira.

Hadiah berupa wang tunai RM1000 hingga RM3000, barang kemas, hamper One Drop Perfumes dan Pakej Perlancongan bakal menjadi milik anda!

Jadi, tunggu apa lagi? Inilah peluang anda untuk muncul sebagai wanita yang mempersonakan!




Cara-cara menyertai :

  1. Isi borang penyertaan.(Borang terdapat dalam ruangan sisipan Kesihatan Mingguan Malaysia setiap minggu)
  2. Sertakan bukti pembelian One Drop Perfumes (resit atau kotak One Drop Perfumes) bagi sebarang pembelian One Drop Perfumes.
  3. Kepilkan bersama 3 keping gambar berukuran 4R dalam posisi berlainan.

 

Borang yang lengkap diisi yang disertakan dengan bukti pembelian dan gambar perlu dihantar ke alamat berikut :

One Drop Perfumes, Citra Wanita Mingguan Malaysia Jabatan Pengurusan Jenama Utusan Melayu (Malaysia) Berhad
Kompleks Sri Utusan, Lot 6, Jalan P/10
Kawasan Perusahaan Bangi, Seksyen 10,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor


Tarikh tutup : 10 Oktober 2010

 

** Untuk keterangan lanjut mengenai penyertaan, sila hubungi : 03-9221 0202/03 ( Lieya / Dino )

 

 

  

Program Baru PPC Daripada Kami One Drop Sdn Bhd

Adakah anda Bosan duduk di rumah...?
Jangan lepaskan Peluang anda bersama One Drop Perfumes menjana pendapatan sampingan dari rumah.

Program PPC (Pay Per Click) akan menolong anda menjana pendapatan sampingan dari rumah. Program PPC ini adalah mudah dan senang untuk digunakan dimana anda sebagai ahli hanya mempromosikan URL PPC anda kepada kawan-kawan ataupun teman sepejabat.

Setiap kali URL PPC anda dilawat, maka anda akan diberikan POIN mengikut Pakej yang telah anda daftarkan, selain itu juga, sekiranya ada ahli baru mendaftar melalui URL PPC anda, anda akan menerima POIN tajaan. Kumpulkan seberapa banyak Poin daripada hasil lawatan pelawat melalui URL PPC anda dan juga pendaftaran prospek baru dari URL PPC anda.

Selepas anda kumpulkan Poin tersebut, anda boleh tukarkan kepada WANG TUNAI atau PRODUK ONE DROP PERFUMES....

Untuk menyertai, terdapat 4 Pakej Istimewa telah disediakan iaitu PAKEJ PERCUMA, PAKEJ STANDARD, PAKEJ ADVANCE & PAKEJ SUPREME..... Setiap pakej memberikan mata ganjaran (Poin) yang berbeza.... Yuran tersebut dikenakan sekali sahaja, dan tujuan yuran dikenakan kepada Pakej Standard, Pakej Advance & Pakej Supreme adalah bagi tujuan pembelian Produk One Drop kami.

Apa lagi anda tunggu, sertailah kami dan hasilkan pendapatan Sampingan anda sekarang.... Pendaftaran adalah PERCUMA sekiranya anda belum ada Modal.....

Monday, June 28, 2010

Peluang mendapat sebahagian dari RM 2 juta dalam kempen Badan Wangi Poket Berisi!



Menangi sebahagian dari RM 2,000,000 dalam Kempen Badan Wangi Poket Berisi One Drop Perfumes!



TIADA SLOGAN.
TIADA SOALAN.
TIADA PERATURAN.



Buka kotak saja boleh dapat duit? Biar betul? INI BUKAN GIMIK!
Inilah peluang anda untuk memiliki sebahagian dari duit raya One Drop Perfumes dengan cara yang sangat mudah!

Lebih banyak anda beli, lebih besar peluang menanti anda dalam setiap kotak! 
Mulai 1 Julai 2010 sehingga 30 September 2010, One Drop Perfumes menyediakan duit raya sehingga RM2,000,000 untuk pengguna One Drop Perfumes!

Nikmati sebahagian duit raya sempena kempen perayaan One Drop Perfumes dengan hanya belian set wangian One Drop Perfumes! Baucer tunai menanti anda yang bertuah!

Kini, badan wangi, poket pun berisi! Rebut peluang anda hari ini!




PERHATIAN :

* Baucer tunai diletakkan secara rawak dalam set One Drop Perfumes yang berharga RM40 dan RM45. Sempena kempen yang sedang berjalan, pihak syarikat menasihatkan pengguna supaya membeli pek One Drop Perfumes yang hanya dibungkus dengan plastik lutsinar dan tidak membeli pek yang tidak berbungkus untuk memastikan pengguna berpeluang memenangi baucer tunai yang telah diperuntukkan khas untuk pengguna One Drop Perfumes.